Tuesday, May 19, 2009

Ujian Getir Di Bumi Mesir

Alhamdulillah..setelah sekian lama berperang di medan perjuangan, akhirnya tamat misi aku untuk mendapatkan kejayaan. Hanya tawakalku pada yang Maha Berkuasa serta doa emak, ayah, keluarga, kawan-kawan dapat memberikan sesuatu yang manis buat insan faqir di bumi Anbiya' ini. Selama 2 minggu mengasah pedang menyiapkan alat berperang, berpecah kepala menghafaz dan mengingat segala ilmu-ilmu yang dipelajari. Pahit getir menyengkang mata melawan dan membiarkan segala perkara yang berlaku di sekeliling adalah hanya untuk mendapatkan yang terbaik sebagai hadiah dan penghargaan kepada emak dan ayah yang banyak berkorban. Bumi Mesir adalah tempat bagaimana kita menjaga amanah dengan ilmu yang kita ada, cuba bayangkan kita menduduki ujian, tetapi kawan disebelah hanyalah beberapa jengkal sahaja. Amanah ataupun tidak hanyalah bergantung pada diri sendiri untuk memilihnya. Al-Quran adalah mukjizat yang paling agung yang melemahkan dan memberi kelebihan kepada manusia. Ujian Quran Tahriri amat mencabar bagi aku yang mana soalan yang keluar amatlah di luar jangkaan. Bagi hafiz yang ingat seluruhnya Al-Quran senyum meninggalkan dewan peperiksaan, sebaliknya bagi yang kurang ingat muka runsing memikirkan keputusan yang pasti akan kunjung tiba. Semoga aku tergolong di kalangan insan-insan yang berjaya..Ameen Ya Allah..

No comments: