Monday, March 23, 2009

Kelebihan Umat Nabi Muhammad saw

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Sunday, March 15, 2009

Warkah Darinya


Paparan saya pada kali ini adalah ingin menunjukkan beberapa tulisan dan warkah darinya. Tulisan ini adalah dari seseorang yang amat cintakan sastera..Segala kata-katanya hanya untuk seseorang yang keluar dari hatinya yang tulus..

* Hati..masih disini..masih setia menjadi pencinta..sama seperti aku..yang masih ada..masih ada untuk kamu..rasa yang besar ini, ingin kuluah..mahu rasanya kubisik..biar jadi teman, teman indah buat kamu..diriku, rasa ini, dan juga kamu adalah rahsia cintaku.

* Gagalnya suatu usaha sekali-kali tak akan memburukkan kita apabila dikerjakan dengan ikhlas.kejadian yang berlalu baru ada faedahnya jika dia menunjukkan jalan untuk maju kehadapan.

* Seseorang yang istimewa bukan yang selalu didepan mata, bukan juga yang sentiasa disisi, tetapi dia yang setia di hati dan diingati dalam setiap bisikan doa.

* Suka ku pada si kunang-kunang, kerna kerlipannya yang menawan..sayang ku pada si bintang, kerna cahanya yang terang walau dikejauhan..cinta ku pada bulan, kerna ia menambahkan lagi romantisnya malam..kau..ibarat kunang-kunang, bintang dan bulan..suka, sayang dan cintaku padamu, kerna DIA yang satu.

* Terima Kasih Ya Rabb..kerna mempertemukan aku dengan insan-insan yang mencintai Al-Quran dan menjadikan perjuangan sebagai landasan..Hanya Engkaulah sandaranku dalam memelihara mereka yang sentiasa menjadi kekuatan dalam madrasah kehidupanku ini.

* Rasa ini besar..semua untukmu. Rasa ini indah..seindah kamu. Rasa ini sinar..sinar bahagiaku.


Setiap kata-katanya adalah tersirat belaka..tiada kata yang indah melainkan luahan hati yang cukup tulus dan prihatin..TERIMA KASIH KAMOO

Tuesday, March 3, 2009

Biodata Rasulullah


Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
. Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
. (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam'ah
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

Sempena ketibaan Maulidur Rasul saya menjemput diri saya dan anda semua agar dapat menghayati maksud yang tersirat di dalam memperingati catatan kelahiran Nabi Muhammad saw. Tanda sayang dan cinta kita kepada Rasulullah saw adalah dengan berselawat ke atasnya. bukan hanya pada masa tertentu tapi perlulah dilazimi pada setiap masa..AMEEN

Monday, March 2, 2009

Hati Menangis


Salam Perantauan yang jauh di mata insan yang membesarkan seorang penuntut ilmu Allah yang naqis dan daif di bumi Anbiya'. Rindunya pada Encik Abu Bakar dan Puan Saadiah. Dalam menjalani hari-hari sebagai hamba Allah yang terus menerus mengharapkan hidayah dan taufiq dariNya, banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuh sebagai Pejuang Agama Allah. Kesihatan dan Semangat haruslah di istiqamahkan dalam keadaan yang baik dan sempurna supaya pencarian ilmu dapat dilakukan dengan lancar. Kesejukan dan daiman kelaparan adalah suasana dan nafsu yang harus ditempuh sebagai mujahid ilmu di bumi panahan ini. Kemalasan yang semakin menjadi-jadi terus menimpa diriku yang sangat lemah dalam mengingat kalamMu. Ya Allah berikanlah kekuatan dalam ingatan Al-Quran dan Matan. Memudahkan dalam hafazan dan memahami pelajaran. Berikanlah keberkatan di dalam setiap apa yang aku pelajari. Rahmatilah apa yang aku lakukan keranamu ya Allah. Terimalah segala taubat dan keampunanku terhadapMu ya Allah. Dipanjangkan umur, Diluaskan rezeki dan Diberi kesihatan yang baik. Hanya kepadaMu aku memohon dan aku meminta.
Ameen ya Rabb..Kabulkanlah doaku..
Luahan hati seorang Hamalah Kalam Allah..

Syafaat Al-Quran


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Saya mengajak diri saya dan anda semua agar dapat membaca Al-Quran setiap hari, walaupun 1 ayat..untuk mengelak hati kita menjadi keras..semoga aku dapat menjaga kalamMu di dalam hati ya Allah..AMEEN