Sunday, August 2, 2009

Menyeru Manusia

Salam..wah, lamanya x menyusun jari di keyboard..rase rindu pun ada..maklumlah kat kampung xde internet, jadinya suatu mushkilah untuk update blog bagi menceritakan perkara-perkara baru dalam hidupku..huhu. Rasanya dah 4 minggu kat Malaysia, tapi rasa mcm baru semalam sampai, masa memang berlalu begitu pantas sampaikan x perasan langsung, hari berlalu begitu cepat. Sekarang ni dah jadi tok bilal kat sebuah masjid di Larkin Sentral, kerja lama kembali digalas untuk menyeru manusia menunaikan tanggungjawab sebagai hamba kepada yang Maha Esa. Rasa seronok dan teruja bila bekerja disini sebab orang kat sini sangat peramah. Tetapi kurang seronok, bila azan dikumandangkan x semua umat Islam di terminal pergi ke masjid untuk menunaikan solat.Rasa terkilan pun ada, tapi seorang pakcik disini mengatakan orang yang solat adalah orang yang dipilih oleh Allah..tiada apa yang diharapkan, melainkan umat Islam dibuka hatinya untuk menunaikan solat bagi memenuhi rukun hamba atas tanda syukur kita kepada Yang Maha Berkuasa..

Thursday, June 25, 2009

Keadaan Sekarang Di Mesir

Salam..laman kali ini saya ingin ceritakan pengalaman keadaan terkini di Mesir sebelum pulang ke Malaysia..betul-betul pack masa sekarang ni memandangkan sebelum pulang ke Malaysia banyak benda yang nak kena buat..contohnya kena beli cenderahati utk keluarga di Malaysia..kiranya selalu gak pergi Khan El Khalili..tempat famous barang-barang Mesir..kiranya lebih 3 kali dah pergi..beli sikit2..ataupun dikenali sebagai Hussein untuk budak2 yang belajar Mesir..Kemudian program-program persatuan lagi..lepas 2 nak kemas barang yang perlu dipindahkan sebab kena pindah rumah lain..dah tak duduk kat Masarra tapi duduk kat Rod El Farg..erm..letih ckitlah tapi rase best gak sebab nak balik Malaysia xpayah nak hitung hari..macam sekejap je dah nak balik..barang-barang nak bawa balik Malaysia pun belum pack lagi..berat kena 40kg pulak tu..mungkin esok balik baru nak kemas kot..biaselah kerja lelaki..wah..rindu amat sangat ni kat mak n ayah..kalaulah ada mesin cepat masa..hehehe..sekadar berkhayal..sekarang ni dah musim panas..walaupun pakai kipas..tapi angin pun rase bahang..dulu mandi sekali je sehari..tp sekarang lebih 2 kali dah mandinya..buat kerja sikit dah berpeluh..hehe..xpayah nak pergi muzollat nak main bola..duk umah baring je pun dah berpeluh..hehe..Doakan perjalanan saya pulang ke Malaysia ye..nek flight egypt air je..yang penting sampai ke Malaysia..ameen..

Thursday, June 11, 2009

Adakah Aku Pernah Terfikir..???


Soalan : Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

Jawapan : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."
(Surah al-Ankabut : 2-3)

Soalan : Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idamkan???

Jawapan : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah:216)

Soalan : Kenapa Susah Sangat Ujian Ini???

Jawapan : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Surah al-Baqarah : 286)

Soalan : Aku Rasa Frust?Tension?Lemah Semangat?

Jawapan : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman." (Surah al-Imran : 139)

Soalan : Bagaimana Harus Aku Menghadapinya????

Jawapan : "Wahai orang2 beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertqwalah kamu kepada Allah supaya kamu lebih berjaya (mencapai kemenangan). "
(Surah al-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusuk"
(Surah al-Baqarah : 45)

Soalan : Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini???


Jawapan : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...
(Surah At-Taubah : 111)

Soalan : Kepada Siapa Aku Berharap???

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)

Soalan Terakhir : Arghhh..Aku Tak Tahan!!!! Aku Dah Bosan!!!


"....dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf : 12)

Renung dan Redhalah terhadap ketentuan Allah.

Sunday, May 31, 2009

Tafsir Mimpi

Salam..Laman kali ini saya ingin menceritakan tentang mimpi. Adakah mimpi satu permainan tidur ataupun sebagai satu tanda ataupun alamat sesuatu akan terjadi kepada diri ini di alam realiti. Banyak tanda-tanda yang kadang-kadang kita tidak tahu adakah mimpi kita itu petanda buruk ataupun baik pada diri kita. Semuanya kembali pada bagaimana dan cara kita sebelum tidur..Nabi yang mempunyai mukjizat mentafsir mimpi ialah Nabi Yusuff, iaitu semasa baginda dipenjarakan 2 orang pemuda bertanyakan alamat mimpi mereka dan perkara yang ditafsirkan Nabi Yusuff benar-benar terjadi. Ingin tahu apa yang dimimpikan pemuda-pemuda tersebut dan apakah perkara yang berlaku boleh membaca tafsir Al-Quran (Surah Yusuff)

Binatang Yang Melata (Menjalar)

* Menunggangi naga. Alamat barang kehendaknya diperoleh.
* Naga itu besar daripada dirinya atau ular banyak mengelilingi dia. Alamat musuhnya keras datang kepadanya.
* Dipalunya naga atau ular itu. Alamat musuhnya akan binasa.
* Hama atau kutu dipakaiannya atau pada tubuhnya. Alamat beroleh bahaya.
* Dibuangnya hama atau kutu itu. Alamat bercerai dengan keluarganya.
* Dibuang daripada tubuhnya. Alamat lepas dari bahaya.
* Ikan besar atau kecil banyak datang kepadanya. Alamat beroleh hamba sahaya dan harta.
* Buaya. Alamat musuh khianatkan dia.
* Digigit ketam. Alamat bertemu dengan orang jenaka.
* Mengambil ikan di laut. Alamat beroleh harta.
* Disengat oleh binatang yang bisa. Alamat beroleh dukacita.
* Ular banyak. Alamat dengki orang kepadanya.
* Dipatuk oleh ular atau dibelitnya. Alamat beroleh isteri, jika perempuan segeranya beroleh suami.
* Lintah menghurunginya. Alamat beroleh orang dengkikan dia, jika perempuan akan bermadu padahnya.

Wednesday, May 20, 2009

Warkah Darinya 2

Budak pantun dan budak sastera berkawan..hehe..setiap kata penuh dengan siratan..

* Rindu, sayang, bahagia, indah, aduh bercampur baur menjadi satu..aku ingin jerit, laung ku rindu kamu..ah,seperti anak kecil yang menangis mahu digendong oleh ibunya, seperti itu juga aku telah menangis rindukan kamu..hati ini tenang, tp kadang gundah fikirkan semua..yang pasti aku bahagia, aku bersyukur, aku berterima kasih atas kurniaanNya untukku..

* Terlihat aku pada si kunang-kunang, lantas kagumku dengan kerlipan nan indah di malam-malam..terpandang aku akan sang bintang, ah mahu kugapai kubawa pulang..teringat aku akan dirimu, lantas ku ukir senyum manis bukti bahagia kubersamamu..

* Getar seluruh jiwa, aduh entah dari mana semua ini datang..hilang kata-kata..yang dari tadi ku ucap cuma..ah malu untuk jujur..puas cari hingar biar tetap tegar, namun tetap tewas..nyata dia memang mempunyai 'kuasa'..kuasa luar biasa..mencuri hatiku, jadikan aku serba xkena fikirkannya..hebat2

* Seperti hujan yang terpisah dari awan, hati ini menangis terpisah dari senyum..puas ku pujuk sang duka agar hilang dariku..agar pergi jauh tidak kembali.. tetapi dia tetap disini, temani. Enggan menjauh tinggalkan aku..dukaku, sedihku, akan ku ceritakan pada siapa semua rasa ini?akan adakah yang mahu mendengar semua cerita dukaku..simpan..diam..arghh..aku bosan. Bosan dengan semua sedih, semua rintih. aku mahu seperti dulu..tertawa riang..bebas terbang..ku rindu itu..aku..dan dukaku..

* Indah itu, selalu datang lewat..ia datang tika puas menunggu lama. Bahagia itu jarang datang sebelum duka..ia datang tika jenuh menangisi derita..yang pasti ALLAH menilai setiap usaha hamba-hambaNya..janji ALLAH itu pasti..Indah,Bahagia,pasti datang tepat pada masanya..Bukan tepat pada perkiraan kita hamba,tp tepat pada perkiraannya Pencipta..

Setiap kata-katanya hanyalah untuk kunang-kunangnya.. Terima Kasih HALWANI

Tuesday, May 19, 2009

Ujian Getir Di Bumi Mesir

Alhamdulillah..setelah sekian lama berperang di medan perjuangan, akhirnya tamat misi aku untuk mendapatkan kejayaan. Hanya tawakalku pada yang Maha Berkuasa serta doa emak, ayah, keluarga, kawan-kawan dapat memberikan sesuatu yang manis buat insan faqir di bumi Anbiya' ini. Selama 2 minggu mengasah pedang menyiapkan alat berperang, berpecah kepala menghafaz dan mengingat segala ilmu-ilmu yang dipelajari. Pahit getir menyengkang mata melawan dan membiarkan segala perkara yang berlaku di sekeliling adalah hanya untuk mendapatkan yang terbaik sebagai hadiah dan penghargaan kepada emak dan ayah yang banyak berkorban. Bumi Mesir adalah tempat bagaimana kita menjaga amanah dengan ilmu yang kita ada, cuba bayangkan kita menduduki ujian, tetapi kawan disebelah hanyalah beberapa jengkal sahaja. Amanah ataupun tidak hanyalah bergantung pada diri sendiri untuk memilihnya. Al-Quran adalah mukjizat yang paling agung yang melemahkan dan memberi kelebihan kepada manusia. Ujian Quran Tahriri amat mencabar bagi aku yang mana soalan yang keluar amatlah di luar jangkaan. Bagi hafiz yang ingat seluruhnya Al-Quran senyum meninggalkan dewan peperiksaan, sebaliknya bagi yang kurang ingat muka runsing memikirkan keputusan yang pasti akan kunjung tiba. Semoga aku tergolong di kalangan insan-insan yang berjaya..Ameen Ya Allah..

Sunday, April 19, 2009

Ku Mohon Doa Dari Kalian~

Assalammualaikum w.b.t.. buat semua pencinta blog saya yang sederhana ini,dikesempatan ini,saya ingin memohon maaf kepada semua atas segala kesalahan yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan..Peperiksaan yang benar2 hampir iaitu yang telah ditunda ke 26april(syafawi),2mei-10mei(tahriri),mengingatkan tujuan sebenar menuntut ilmu bagi saya,iaitu "dengan adanya ilmu,seseorang itu akan berjaya..dengan ilmu,seseorang akan dimasukkan kedalam syurga dgn rahmat ALLAH..dan kerna ilmu jugalah yang menjaga kita,bukan harta"..insyaALLAH.. Moga kita smua akan berjaya didunia dan diakhirat..ameen ya ALLAH..buat semua,saya mohon didoakan ketenangan hati,mohon didoakan diberi kemudahan,dan mohon didoakan dipermudahkan segala urusan semasa diuji dlm peperiksaan nanti.. ameen..salam perjuangan buat semua..


Monday, March 23, 2009

Kelebihan Umat Nabi Muhammad saw

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Sunday, March 15, 2009

Warkah Darinya


Paparan saya pada kali ini adalah ingin menunjukkan beberapa tulisan dan warkah darinya. Tulisan ini adalah dari seseorang yang amat cintakan sastera..Segala kata-katanya hanya untuk seseorang yang keluar dari hatinya yang tulus..

* Hati..masih disini..masih setia menjadi pencinta..sama seperti aku..yang masih ada..masih ada untuk kamu..rasa yang besar ini, ingin kuluah..mahu rasanya kubisik..biar jadi teman, teman indah buat kamu..diriku, rasa ini, dan juga kamu adalah rahsia cintaku.

* Gagalnya suatu usaha sekali-kali tak akan memburukkan kita apabila dikerjakan dengan ikhlas.kejadian yang berlalu baru ada faedahnya jika dia menunjukkan jalan untuk maju kehadapan.

* Seseorang yang istimewa bukan yang selalu didepan mata, bukan juga yang sentiasa disisi, tetapi dia yang setia di hati dan diingati dalam setiap bisikan doa.

* Suka ku pada si kunang-kunang, kerna kerlipannya yang menawan..sayang ku pada si bintang, kerna cahanya yang terang walau dikejauhan..cinta ku pada bulan, kerna ia menambahkan lagi romantisnya malam..kau..ibarat kunang-kunang, bintang dan bulan..suka, sayang dan cintaku padamu, kerna DIA yang satu.

* Terima Kasih Ya Rabb..kerna mempertemukan aku dengan insan-insan yang mencintai Al-Quran dan menjadikan perjuangan sebagai landasan..Hanya Engkaulah sandaranku dalam memelihara mereka yang sentiasa menjadi kekuatan dalam madrasah kehidupanku ini.

* Rasa ini besar..semua untukmu. Rasa ini indah..seindah kamu. Rasa ini sinar..sinar bahagiaku.


Setiap kata-katanya adalah tersirat belaka..tiada kata yang indah melainkan luahan hati yang cukup tulus dan prihatin..TERIMA KASIH KAMOO

Tuesday, March 3, 2009

Biodata Rasulullah


Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
. Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
. (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam'ah
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

Sempena ketibaan Maulidur Rasul saya menjemput diri saya dan anda semua agar dapat menghayati maksud yang tersirat di dalam memperingati catatan kelahiran Nabi Muhammad saw. Tanda sayang dan cinta kita kepada Rasulullah saw adalah dengan berselawat ke atasnya. bukan hanya pada masa tertentu tapi perlulah dilazimi pada setiap masa..AMEEN

Monday, March 2, 2009

Hati Menangis


Salam Perantauan yang jauh di mata insan yang membesarkan seorang penuntut ilmu Allah yang naqis dan daif di bumi Anbiya'. Rindunya pada Encik Abu Bakar dan Puan Saadiah. Dalam menjalani hari-hari sebagai hamba Allah yang terus menerus mengharapkan hidayah dan taufiq dariNya, banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuh sebagai Pejuang Agama Allah. Kesihatan dan Semangat haruslah di istiqamahkan dalam keadaan yang baik dan sempurna supaya pencarian ilmu dapat dilakukan dengan lancar. Kesejukan dan daiman kelaparan adalah suasana dan nafsu yang harus ditempuh sebagai mujahid ilmu di bumi panahan ini. Kemalasan yang semakin menjadi-jadi terus menimpa diriku yang sangat lemah dalam mengingat kalamMu. Ya Allah berikanlah kekuatan dalam ingatan Al-Quran dan Matan. Memudahkan dalam hafazan dan memahami pelajaran. Berikanlah keberkatan di dalam setiap apa yang aku pelajari. Rahmatilah apa yang aku lakukan keranamu ya Allah. Terimalah segala taubat dan keampunanku terhadapMu ya Allah. Dipanjangkan umur, Diluaskan rezeki dan Diberi kesihatan yang baik. Hanya kepadaMu aku memohon dan aku meminta.
Ameen ya Rabb..Kabulkanlah doaku..
Luahan hati seorang Hamalah Kalam Allah..

Syafaat Al-Quran


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Saya mengajak diri saya dan anda semua agar dapat membaca Al-Quran setiap hari, walaupun 1 ayat..untuk mengelak hati kita menjadi keras..semoga aku dapat menjaga kalamMu di dalam hati ya Allah..AMEEN

Thursday, February 12, 2009

Keinsafan Diri

biarkan kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi.
biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai.
biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat.
biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula.
biarkan diri ini derita, agar aku tahu kepahitan derita ini, agar aku sedar kesengsaraan ini.
tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah saw.
Tuhan sesekali tidak menzalimi hambaNya, tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.
cahaya kelam pahala dosa, berupaya memilihnya.
walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu. namun ade peluang dariNya sentiasa ada, namun kasih dariNya sentiasa memayungi.
diturunkan ad-din memperhalusi akal.
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak.
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti.
menjadi sebaik-baik umat. tunduk sebagai hamba berjalan sebagai khalifah. menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman".
menyemai sepohon "taqwa".
agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu".
agar dapat berlindung dari hasutan "syaitan".
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH SWT"

Sunday, February 8, 2009

Untukmu Wanita



Insan yang dikasihi

Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

Insan yang dikasihi

Peliharalah solatmu, tundukkan pandangan matamu di hadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga dirimu disambut dengan kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardiah.

Insan yang dikasihi

Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan wanita solehah sepertimu

Insan yang dikasihi

Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith menjadi sumber rujukanmu.

Insan yang dikasihi

Jangan biarkan dirimu hanyut dengan rus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal dalam hendak diduga