Thursday, September 22, 2011

Kelebihan Syawal

Tinggal beberapa hari lagi Syawal akan meninggalkan kita. Bagaimana amalan kita pada bulan ini, adakah semakin meningkat, ataupun semakin menurun?? Bagaimana dengan puasa 6?? Adakah ia adalah satu bebanan, setelah banyak rumah terbuka yang kita hadiri menyediakan makanan yang sangat menyelerakan.. Adakah Syawal adalah bulan untuk membalas dendam untuk makan dan minum selepas kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan..

Puasa Enam tidak ramai yang mengetahui kelebihannya.. Ini adalah kelebihan yang Allah s.w.t berikan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w yang kebanyakannya umur tidak mencecah ratusan tahun..tidak seperti umat-umat Nabi dan Rasul sebelumnya.. Jika kita berpuasa 6 hari di bulan Syawal, pahalanya adalah sama dengan berpuasa selama setahun..

1 hari berpuasa ganjarannya 10.. 6 hari berpuasa di bulan Syawal sama dengan 60..ditambahkan dengan 30 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan adalah 300..Jumlahya semua adalah 360..sama dengan hari di dalam setahun..

Marilah kita bersama-sama melakukan amalan sunnah menunjukkan kita sayangkan Rasulullah s.a.w.. Wassalam.. Fikirkanlah..!!

No comments: