Sunday, May 31, 2009

Tafsir Mimpi

Salam..Laman kali ini saya ingin menceritakan tentang mimpi. Adakah mimpi satu permainan tidur ataupun sebagai satu tanda ataupun alamat sesuatu akan terjadi kepada diri ini di alam realiti. Banyak tanda-tanda yang kadang-kadang kita tidak tahu adakah mimpi kita itu petanda buruk ataupun baik pada diri kita. Semuanya kembali pada bagaimana dan cara kita sebelum tidur..Nabi yang mempunyai mukjizat mentafsir mimpi ialah Nabi Yusuff, iaitu semasa baginda dipenjarakan 2 orang pemuda bertanyakan alamat mimpi mereka dan perkara yang ditafsirkan Nabi Yusuff benar-benar terjadi. Ingin tahu apa yang dimimpikan pemuda-pemuda tersebut dan apakah perkara yang berlaku boleh membaca tafsir Al-Quran (Surah Yusuff)

Binatang Yang Melata (Menjalar)

* Menunggangi naga. Alamat barang kehendaknya diperoleh.
* Naga itu besar daripada dirinya atau ular banyak mengelilingi dia. Alamat musuhnya keras datang kepadanya.
* Dipalunya naga atau ular itu. Alamat musuhnya akan binasa.
* Hama atau kutu dipakaiannya atau pada tubuhnya. Alamat beroleh bahaya.
* Dibuangnya hama atau kutu itu. Alamat bercerai dengan keluarganya.
* Dibuang daripada tubuhnya. Alamat lepas dari bahaya.
* Ikan besar atau kecil banyak datang kepadanya. Alamat beroleh hamba sahaya dan harta.
* Buaya. Alamat musuh khianatkan dia.
* Digigit ketam. Alamat bertemu dengan orang jenaka.
* Mengambil ikan di laut. Alamat beroleh harta.
* Disengat oleh binatang yang bisa. Alamat beroleh dukacita.
* Ular banyak. Alamat dengki orang kepadanya.
* Dipatuk oleh ular atau dibelitnya. Alamat beroleh isteri, jika perempuan segeranya beroleh suami.
* Lintah menghurunginya. Alamat beroleh orang dengkikan dia, jika perempuan akan bermadu padahnya.

Wednesday, May 20, 2009

Warkah Darinya 2

Budak pantun dan budak sastera berkawan..hehe..setiap kata penuh dengan siratan..

* Rindu, sayang, bahagia, indah, aduh bercampur baur menjadi satu..aku ingin jerit, laung ku rindu kamu..ah,seperti anak kecil yang menangis mahu digendong oleh ibunya, seperti itu juga aku telah menangis rindukan kamu..hati ini tenang, tp kadang gundah fikirkan semua..yang pasti aku bahagia, aku bersyukur, aku berterima kasih atas kurniaanNya untukku..

* Terlihat aku pada si kunang-kunang, lantas kagumku dengan kerlipan nan indah di malam-malam..terpandang aku akan sang bintang, ah mahu kugapai kubawa pulang..teringat aku akan dirimu, lantas ku ukir senyum manis bukti bahagia kubersamamu..

* Getar seluruh jiwa, aduh entah dari mana semua ini datang..hilang kata-kata..yang dari tadi ku ucap cuma..ah malu untuk jujur..puas cari hingar biar tetap tegar, namun tetap tewas..nyata dia memang mempunyai 'kuasa'..kuasa luar biasa..mencuri hatiku, jadikan aku serba xkena fikirkannya..hebat2

* Seperti hujan yang terpisah dari awan, hati ini menangis terpisah dari senyum..puas ku pujuk sang duka agar hilang dariku..agar pergi jauh tidak kembali.. tetapi dia tetap disini, temani. Enggan menjauh tinggalkan aku..dukaku, sedihku, akan ku ceritakan pada siapa semua rasa ini?akan adakah yang mahu mendengar semua cerita dukaku..simpan..diam..arghh..aku bosan. Bosan dengan semua sedih, semua rintih. aku mahu seperti dulu..tertawa riang..bebas terbang..ku rindu itu..aku..dan dukaku..

* Indah itu, selalu datang lewat..ia datang tika puas menunggu lama. Bahagia itu jarang datang sebelum duka..ia datang tika jenuh menangisi derita..yang pasti ALLAH menilai setiap usaha hamba-hambaNya..janji ALLAH itu pasti..Indah,Bahagia,pasti datang tepat pada masanya..Bukan tepat pada perkiraan kita hamba,tp tepat pada perkiraannya Pencipta..

Setiap kata-katanya hanyalah untuk kunang-kunangnya.. Terima Kasih HALWANI

Tuesday, May 19, 2009

Ujian Getir Di Bumi Mesir

Alhamdulillah..setelah sekian lama berperang di medan perjuangan, akhirnya tamat misi aku untuk mendapatkan kejayaan. Hanya tawakalku pada yang Maha Berkuasa serta doa emak, ayah, keluarga, kawan-kawan dapat memberikan sesuatu yang manis buat insan faqir di bumi Anbiya' ini. Selama 2 minggu mengasah pedang menyiapkan alat berperang, berpecah kepala menghafaz dan mengingat segala ilmu-ilmu yang dipelajari. Pahit getir menyengkang mata melawan dan membiarkan segala perkara yang berlaku di sekeliling adalah hanya untuk mendapatkan yang terbaik sebagai hadiah dan penghargaan kepada emak dan ayah yang banyak berkorban. Bumi Mesir adalah tempat bagaimana kita menjaga amanah dengan ilmu yang kita ada, cuba bayangkan kita menduduki ujian, tetapi kawan disebelah hanyalah beberapa jengkal sahaja. Amanah ataupun tidak hanyalah bergantung pada diri sendiri untuk memilihnya. Al-Quran adalah mukjizat yang paling agung yang melemahkan dan memberi kelebihan kepada manusia. Ujian Quran Tahriri amat mencabar bagi aku yang mana soalan yang keluar amatlah di luar jangkaan. Bagi hafiz yang ingat seluruhnya Al-Quran senyum meninggalkan dewan peperiksaan, sebaliknya bagi yang kurang ingat muka runsing memikirkan keputusan yang pasti akan kunjung tiba. Semoga aku tergolong di kalangan insan-insan yang berjaya..Ameen Ya Allah..